BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

January 22, 2010

Minggu 4


Minggu ini merupakan permulaan tugasan ini. Dr. Saadiah banyak membantu dalam memulakan blog ini memandangkan ramai yang masih tidak tahu cara untuk menguruskan blog masing-masing. Tugasan ini memberi pengalaman baru dan memberi idea yang baru untuk saya berhubung dengan orang lain. Tugasan ini banyak memberi faedah terutama kepada guru seperti saya. Ini boleh dijadikan satu cara untuk saya sentiasa berhubung dengan pelajar saya, memberi tugasan dan menjawab segala pertanyaan pelajar-pelajar saya nanti.

0 comments:

Untuk semua para pengunjung blog ini..

Saya Nur Aainaa Bt. Abdul Manaf. Dilahirkan di negeri Cik Siti Wan Kembang,Kelantan Darul Naim. Saya mendapat pendidikan tinggi di Universiti Sains Malaysia dalam bidang Sains dengan Pendidikan. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Sarjana di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam bidang Pendidikan Biologi. Blog ini merupakan salah satu tugasan yang perlu saya siapkan untuk memenuhi keperluan subjek ICT dalam pendidikan. Tujuan utama blog ini adalah untuk memberi kemahiran kepada guru-guru supaya ilmu dapat disampaikan kepada pelajar dalam bentuk yang mudah dan canggih mengikut peredaran zaman berteknologi tinggi.

PICASA SLIDE SHOW